Piagam Pelanggan Majlis Daerah Kubang Pasu
| PIAGAM PELAANGGAN UNIT UNDANG-UNDANG MAJLIS DAERAH KUBANG PASU |
| • Memastikan nasihat undang-undang jelas dan tepat kepada persoalan atau isu yang lengkap kepada jabatan dalam masa 1 minggu dari tarikh penerimaan. |
| • Memastikan nasihat dan penerangan mengenai undang-undang yang jelas dan tepat kepadsa persoalan atau isu yang lengkap secara lisan oleh orang awam dalam tempoh 30 minit. |
| • Memastikan tindakan undang-undang diambil dalam 3 minggu dari tarikh fail kes yang lengkap diterima. |
| • Memastikan semakan perjanjian dibuat dalam masa 2 miggu. |
| |
| |
| PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN PENGUATKUASA MAJLIS DAERAH KUBANG PASU |
| • Memastikan setiap aduan awam diambil tindakan dalam tempoh 2 hari (hari bekerja) |
| • Memastikan kerja-kerja meroboh binaan haram dilaksanakan dalam tempoh 7 hari setelah tamat tempoh notis. |
| • Memastikan pengurusan barang-barang sitaan boleh dikembalikan dalam temph 24 jam setelah urusan pembayaran dibuat. |
| |
| |
| PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN PERANCANGAN MAJLIS DAERAH KUBANG PASU |
• Memberi keputusan terhadap permohonan perancangan yang lengkap dalam tempoh masa yang berikut: - Projek-projrk yang berskala besar (6 bulan) - Lain-lain projek (3 bulan) |
| • Memberi keputusan terhadap permohonan penamaan kawasan dan jalan yang lengkap dalam tempoh 30 hari bekerja. |
| • Memberi keputusan terhadap permohonan perlanjutan tempoh kebenaran merancang yang lengkap dalam tempoh 30 hari bekerja. |
PIAGAM PELANGGAN UNIT BANGUNAN MAJLIS DAERAH KUBANG PASU
Aktiviti | Tempoh |
| • Memastikan permohonan kelulusan Pelan Bangunan yang lengkap diproses dan diberikan kelulusan | Tidak lebih daripada dua (2) bulan. |
| • Memastikan permohonan kelulusan Pelan Bangunan/ Struktur/Sementara | Tidak lebih daripada dua (2) bulan. |
| • Memastikan Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan (Pengubahsuaian Bangunan Kediaman) yang lengkap diproses dan diberikan kelulusan. | Tidak lebih daripada satu (1) bulan. |
| • Memastikan Permohonan Kelulusan Sijil Layak Menduduki yang lengkap diproses dan diberikan kelulusan. | Tidak lebih daripada satu (1) bulan. |
| • Memastikan Pengembalian Wang Pertaruhan yang lengkap diproses dan diberikan kelulusan | Tidak lebih daripada dua (2) bulan. |
| PIAGAM PELANGGAN UNIT PROJEK MAJLIS DAERAH KUBANG PASU |
| • Semua aduan kerosakkanke atas infrastruktur dan kemudahan awam diambil tindakan awal dalam tempoh satu (1) minggu. |
| • Semua permohonan kelulusan pelan lampu jalan sekim perumahan yang lengkap dan mematuhi syarat TNB akan diberikan kelulusan dalam tempoh satu (1) bulan. |
| |
| |
| PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN PENILAIAN MAJLIS DAERAH KUBANG PASU |
| • Keraguan tentang cukai taksiran akan diselesaikan dalam tempoh 24 jam dari tarikh menerima aduan. |
| • Boring pindah milik (Borang J/J) yang telah lengkap akan di proses dalam masa ½ jam. |
| • Permohonan lapur kosong akan diselesaikan selepas dimaklumkan (3 hari). |
| • Permohonan lapur reban/roboh akan diselesaikan selepas dimaklumkan (3 hari). |
| |
| |
| PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN KEWANGAN MAJLIS DAERAH KUBANG PASU |
| • Mengeluarkan bil cukai taksiran 2 kali setahun iaitu pada setiap bulan Januari dan Julai. |
| • Menyediakan perkhidmatan kaunter yang mesra, cekap dan berkualiti kepada para pelanggan dalam tempoh 5 minit. |
| • Menjelaskan tuntutan bayaran dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh sesuatu tuntutan diluluskan untuk pembayaran. |
| |
| |
| PIAGAM PELANGGAN UNIT LETAK KERETA MAJLIS DAERAH KUBANG PASU |
| • Penyediaan petak sewa khas akan diproses serta-merta dalam 1 hari. |
| |
| |
| PIAGAM PELANGGAN UNIT KEBERSIHAN MAJLIS DAERAH KUBANG PASU |
| • Memberi perkhidmatan pembersihan longkang tiga bulan sekali. |
| • Memberi perhatian pada setiap aduan yang diterima dalam tempoh 24 jam. |
| |
| |
| PIAGAM PELANGGAN UNIT RUANG NIAGA MAJLIS DAERAH KUBANG PASU |
| • Proses permohonan ruang niaga baru akan dipanggil temuduga dalam tempoh kurang dari 60 hari. |
| • Keputusan temuduga dikeluarkan dalam tempoh 30 hari selepas tarikh temuduga. |
| • Menentukan penyelarasan dan tindakan susulan diambil kurang dari 7 hari dari tarikh aduan diterima. |
| • Menjawab surat-surat yang diterima dalam tempoh kurang dari 14 hari. |
| • Tindakan edaran bil-bil sewa dan kutipan sewa gerai penyewa diambil tindakan pada atau sebelum 16 haribulan setiap bulan. |
| • Semakan sewa dan penyediaan bil sewa bulanan di kaunter mengambil masa kurang 5 minit. |
| |
| |
| PIAGAM PELANGGAN UNIT PERLESENAN MAJLIS DAERAH KUBANG PASU |
| • Permohonan lesen perniagaan yang mengemukakan permohonan lengkap akan diproses dan diberi keputusan dalam tempoh 5 minggu hari bekerja. |
| • Permohonan lesen perniagaan berisiko tinggi yang mengemukakan permohonan lengkap akan dproses serta dirujuk ke jabatan teknikal dan keputusan diberi dalam tempoh 8 minggu hari bekerja. |
| • Permohonan lesen penjaja/permit diproses dan diberi keputusan dalam tempoh 10 hari bekerja. |
| • Permohonan permit pemasangan sepanduk dan “streamer” diproses dan diluluskan dalam tempoh 1 hari dan permohonan lesen iklan dalam tempoh 14 hari bekerja. |
| • Permohonan lesen gerai yang mengemukakan permohonan lengkap akan diproses dan diberi keputusan dalam tempoh 14 hari bekerja. |
| |
| |
| PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM MAJLIS DAERAH KUBANG PASU |
| • Setiap aduan akan diselesaikan dalam tempoh 1-21 hari bekerja (bagi aduan yang tidak melibatkan peruntukkan kewangan) |
| |
| |
| PIAGAM PELANGGAN BAHGIAN PENTADBIRAN MAJLIS DAERAH KUBANG PASU |
| • Memproses permohonan cuti rehat kakitangan tetap/kontrak/sambilan dalam tempoh 2 hari dari tarikh permohonan. |
| • Memenuhi permohonan barangan alatulis yang lengkap daripada bahagian-bahagian dalam tempoh 2 hari waktu bekerja. |
| • Menyediakan jemputan mesyuarat untuk mesyuarat-mesyuarat majlis dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh mesyuarat. |
| • Menyegerakan jawapan kepada surat menyuarat berkaitan pentadbiran majlis dalam tempoh 3 hari. |